Jom Mulakan Tabiat Menyimpan Emas Sekarang

gandakan aset anda dengan emas

TAHUKAH ANDA?

Di bulan Jun 1999, harga emas cuma RM28.10 satu gram
Di tahun 2002, harganya meningkat kepada RM36 satu gram

Di tahun 2017, 1 gram emas bernilai RM180

Hari ini, harga emas sudah melebihi RM300 setiap gram

kenapa emas?

Harga seekor kambing 1,400 tahun lalu  bersamaan 1 Dinar Emas (4.25 gram). Hari ini, ia masih tidak berubah. Cuma, 1 Dinar Emas kini nilainya melebihi RM1,200. Ini menggambarkan kestabilan nilai emas.

Orang Indonesia memanggilnya Logam Mulia. Homer, di dalam “Iliad” and “Odyssey” (800–700 BC), menyatakan emas sebagai lambang kehebatan bagi yang kekal abadi serta tanda kekayaan di kalangan manusia biasa.

LEBIH BIJAK MENYIMPAN EMAS atau wang tunai?

Dua tahun lepas iaitu di tahun 2021, dengan wang RM50 kita masih boleh beli 2 botol minyak masak 5kg. Sekarang RM50 tidak lagi mencukupi kerana kesan inflasi. Jika kita gunakan RM50 untuk dapatkan emas 2 tahun lepas, kini nilainya telah meningkat naik.

Pengalaman yang diceritakan sendiri oleh kenalan rapat yang mulakan tabiat menyimpan emas kerana dipaksa ibunya semenjak zaman bujangnya sekitar tahun 1990an tatkala harganya berada di sekitar RM30 per gram amat mengujakan. Di saat terdesak, beliau telah memajak emasnya bagi mendapatkan RM70K di tahun 2021 dalam usaha menyelamatkan bisnesnya. Tabiat bijak itu  telah membantunya bangkit semula.

Emas amat menarik kerana nilainya boleh naik walaupun hanya disimpan di dalam laci. Ia juga amat mudah dicairkan untuk ditukarkan kepada manfaat yang diinginkankan. Emas boleh dijual beli secara runcit pada bila-bila masa. Itulah sebab mengapa kedai emas sentiasa dikunjungi ramai di waktu harga emas rendah dan juga apabila harga emas melambung tinggi. 

Dengan kecanggihan teknologi, semua aktiviti pembelian, penjualan, penyimpanan serta pelaburan emas kini boleh dilakukan di hujung jari, 24/7 dengan lebih mudah, pantas serta selamat. Quantum Metal Sdn. Bhd. menawarkan platform serta ekosistem lengkap kepada para penyimpan dan pelabur emas sejak 2019.

Dengan objektif yang jelas serta bertindak seawal mungkin, fokus, serta istiqamah, inshaAllah kita tidak akan menyesal dengan tabiat ini. Bak kata pepatah Melayu – Sedikit sedikit, lama lama jadi bukit

PERUBAHAN HARGA EMAS

Dalam tempoh setahun, iaitu dari 27 Ogos 2022 sehingga 16 July 2023, harga emas telah merekodkan kenaikan sebanyak 16.40%.

Manakala bagi tempoh 20 tahun, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 567%.

kisah saya bersama quantum metal

QM NI SCAM LAH – itulah reaksi spontan saya apabila sahabat lama saya Wan Izani  memulakan cerita tentang Quantum Metal. Apatah lagi apabila beliau nyatakan semua aktiviti jual beli emas di QM hanya dilakukan di atas talian. Kejadian ini berlaku sekitar Februari 2021. Saya malah memberitahunya yang saya tidak berminat langsung untuk mengenali QM kerana saya tidak percaya kepada QM.

PERTAMANYA – kerana semuanya berlaku atas talian, dan

KEDUANYA – cara jual beli emas di QM (pada fahaman saya ketika itu) adalah tidak patuh syariah.

Setahu saya, emas hanya boleh dijual beli secara bersemuka sahaja – INI EMASNYA, INI BAYARANNYA, SELESAI!

Selepas hari itu, Wan Izani tidak lagi bercakap tentang QM di depan saya.

Sebelum ini, saya pernah mendaftar sebagai pembeli di Public Gold dan telah beberapa kali membeli produk emas PG. Saya juga sempat perkenalkan PG kepada beberapa kenalan. Saya tidak mempunyai sebarang masaalah dengan PG. Cuma, saya tidak pasti cara untuk mendapat manfaat setelah saya memiliki produk emas. Nak dijual dan ambil untung masa harga tinggi? Lepas tu harga emas naik lagi. Rasa sayang pula menebal sebab ada ikatan emosi dengan bar emas yang dimiliki itu. Nak dibawa ke kedai pajak/arRahnu bila memerlukan wang? Nanti kena cari duit lain untuk tebus emas dalam tempoh masa terhad pula. Jika tidak, emas itu akan dilelong. Lecehnya!

Akhirnya, kesemua produk emas yang dibeli terus tersimpan kemas di dalam album – seperti setem. Apabila harga emas melambung, boleh tayang emas dalam album tu kepada kawan kawan dengan rasa bangga. Nak jual, SORRY! Jadi kat mana manfaatnya? Ini membuatkan saya rasa menyimpan emas cara begini tidak praktikal. Isu keselamatan juga merupakan cabaran besar. Mungkin nak kena sewa “safe deposit box” di bank pulak untuk simpan emas. Ada sekali tu, seorang kawan menceritakan laci tempat simpanan emasnya hilang dibawa arus semasa banjir melanda. Sedihnya.

Saya bermohon kepada ALLAH agar dijauhi aktiviti muamalat yang palsu dan yang tidak patuh syariah. Lama dulu saya pernah terjebak dengan Swisscash. Saya berjanji kepada diri sendiri untuk lebih berhati-hati. Di kala itu, saya memang sedang terkial-kial berusaha mencari sumber pendapatan baru. Aktiviti perniagaan sebagai agen unit amanah sangat terkesan apabila saya tidak dapat bersemuka dengan pelanggan lama, apatah lagi untuk mencari prospek baru di sepanjang waktu pandemik Covid-19 melanda dunia.

Di akhir September 2021, seorang sahabat saya yang lain menghubungi saya dan bertanya jika saya pernah dengar pasal QM. Pantas saya menjawabnya – PERNAH, QM TU SCAM LAH BRO! Beliau kemudiannya memberitahu saya yang dia telah mengikuti perkembangan tentang QM agak lama dan yakin ia bukannya skim penipuan di internet. Saya terdiam seketika. Kemudiannya saya bertanya – jadi kita nak buat apa sekarang? Katanya lagi – kita cuba cari orang yang boleh terangkan kepada kita tentang QM dulu, lepas tu baru kita buat kesimpulan. Jika kau masuk, aku masuklah. Jadi gitu pulak dah.. Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terbuka untuk mengetahui lebih terperinci tentang QM.

Saya terus menghubungi Wan Izani semula dan menyatakan hasrat kami. Pastinya beliau amat terkejut. Waktu itu sukar untuk merentas negeri kerana PKP. Beliau kemudiannya begitau akan cuba hubungi  Puan Emy yang tinggal di Kemaman sebab Puan Emy ada surat kebenaran khas QM untuk merentas negeri.  Setelah Puan Emy bersetuju, kami tetapkan 4-Oktober-2021 sebagai tarikh pertemuan.

Pada 4-Oktober, Puan Emy dan suaminya datang ke Balok sebagaimana dijanjikan. Bermula 3pm, beliau menerangkan kepada saya dan Abd Rahim tentang QM serta melayan setiap pertanyaan yang kami lontarkan. Saya amat teruja dengan apa yang saya dengar daripada Puan Emy. Petang itu juga, kami berdua mendaftar menjadi ahli biasa QM dengan lebih yakin. Saya menggunakan pautan yang diberi oleh Wan Izani manakala Abd Rahim menggunakan pautan saya.

APA YANG MENARIK TENTANG QM NI YA? QM menyediakan satu ekosistem di mana semua urusan jual beli emas, pelaburan, pajakan (gold convert) dilakukan di atas talian. Semua urusan boleh dijalankan menggunakan telefon pintar dan komputer. Ia sangat mudah dan praktikal di zaman canggih ini. Di samping itu, QM juga membuka peluang kepada individu yang ingin menjana pendapatan.

Bermula tarikh itu, saya terus mencari informasi tentang QM dari pelbagai sumber. Ini termasuklah mendapatkan sendiri salinan sijil SSM serta Laporan Kewangan Quantum Metal Sdn Bhd dan lain lain. Saya juga dapatkan maklumat tentang jual beli emas atas talian, kaedah tawarruq dan sebagainya untuk menambah keyakinan bahawa kesemua produk QM adalah patuh syariah. Kemudian, saya mula perkenalkan QM kepada semua kenalan dengan misi mengajak semua memulakan tabiat menyimpan emas sebagai aktibiti yang menguntungkan.

Untuk menjadi Dealer di QM, kami diwajibkan menghadiri kursus dua hari dan lulus ujian. Alhamdulillah, saya dilantik menjadi Dealer di bulan Februari 2022. Selepas menjadi Dealer, kami diwajibkan menduduki 2 lagi ujian yang lebih mencabar. Jadi setakat ini, saya telah melalui 3 ujian dengan jayanya di QM. 

Perjalanan ini masih jauh dan saya ingin terus aktif mempromosi serta mengajak semua kenalan terutama yang masih muda untuk memulakan tabiat menyimpan emas secara patuh syariah di QM, insha-ALLAH.

quantum metal SDN BHD? Syarikat apa tu?

Quantum Metal Sdn Bhd (No. Pendaftaran SSM: 1011907U) atau  QM  didaftarkan di Malaysia pada 2012.  QM merupakan pengedar produk emas keluaran The Perth Mint, Australia Barat di Malaysia. Produk produk keluaran The Perth Mint tersohor di dunia. Terkini, QM juga membawa masuk emas keluaran Istanbul Gold Refinery (IGR). IGR merupakan ahli London Bullion Market Association (LBMA). Oleh itu, kesemua produk emas IGR diperakui ketulenannya oleh LBMA.

Pelanggan dan rakan niaga terawal QM termasuklah Bank Muamalat, al Rajhi Bank, Alliance Bank, Affin Islamic Bank, Tekun ar Rahnu dan ANGKASA. Selain itu, QM juga membawa masuk produk emas Panda Gold dari China melalui Industrial And Commercial Bank of China (ICBC) yang merupakan bank terbesar di dunia.

Kesemua produk QM diiktiraf patuh shari’ah oleh Tawafuq Consultancy Sdn Bhd dan juga Raqaba LLC  yang berpangkalan di North Carolina, Amerika Syarikat. Piawaian shari’ah yang digunapakai QM mematuhi ketetapan Accounting & Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI).

Penstrukturan semula QM telah dimulakan ke arah penyenaraiannya di NASDAQ. Kini QM adalah milik penuh Quantum Metal Capital yang merupakan subsidiari Quantum Metal Exchange Inc. atau QMEI yang beribupejabat di New York, USA. QMEI buat masa ini disenaraikan di OTC (OTC:QMEI)

PENGERUSI QUANTUM METAL SDN BHD

YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Quantum Metal Sdn Bhd bermula 16-Mei-2023.

Beliau merupakan anggota Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) dan Pengerusi PBLT Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat Menteri Kewangan DiPerbadankan. 

Memulakan karier sebagai Kadet Penolong Superitendan Polis di tahun 1986, beliau telah memegang pelbagai jawatan semasa berada di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang dipegang sejak Jun 2021 hinggalah beliau bersara wajib di bulan Disember 2021.

Pelantikannya sebagai Pengerusi Quantum Metal Sdn Bhd merupakan langkah strategik QM memandangkan pengalaman luasnya sebagai salah seorang penjawat awam berpangkat tinggi di dalam kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh Quantum Metal Sdn Bhd.

PENGERUSI EKSEKUTIF QUANTUM METAL SDN BHD

Dato’ Lim Khong Soon adalah pengasas Quantum Metal Sdn Bhd. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri acuan ketepatan, komponen elektronik, sianida kalium emas untuk industri penapisan emas. Beliau terlibat dalam pemulihan emas dan penapisan emas tulen daripada sisa elektronik, logam berharga dan barang kemas terpakai.

Selain membekalkan emas kepada syarikat fabrikasi barang kemas dan berurusan dengan bank jongkong Australia, beliau juga telah perkenalkan serta membangunkan satu sistem integrasi untuk Perth Mint dalam menjalankan dagangan emas dengan bank bank.

Pada 15 Februari 2023, Dato’ Lim telah mendapat anugerah International Finance Award bagi tahun 2022. Pengiktirafan ini diberikan di atas kejayaan beliau menjadikan Quantum Metal Sdn Bhd sebagai syarikat logam berharga paling inovatif yang membangunkan sistem digital dengan menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan segala urusan berkaitan pembelian dan penjualan emas atas talian.

PENGARAH

Tuan Haji Kamari Zaman Juhari merupakan anggota Lembaga Pengarah Quantum Metal Sdn Bhd. Beliau pada waktu yang sama merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Permodalan BSN Berhad (PBSNB). Beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi Bank Persatuan yang kini dikenali sebagai Co-opbank Malaysia Berhad (CBP). Sewaktu berkhidmat di Bank Negara Malaysia, beliau pernah memegang jawatan Pengarah Jabatan Pembangunan Kewangan dan Enterprise.

PENGERUSI JAWATANKUASA SYARIAH QUANTUM METAL SDN BHD

Dato’ Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah Quantum Metal Sdn Bhd bermula 1 Jun 2023.

Dato’ Seri Haji Hassan nemulakan karier sebagai pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Di Universiti Malaysa beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Shariah sejak tahun 1991 hingga 1992.

Pada tahun 1997, beliau telah memulakan tugas sebagai Mufti Pulau Pinang sehingga 2014. Sewaktu memegang jawatan mufti, beliau telah menganggotai Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (1997-2016), Islamic Banking Maybank (1993-2004), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (1998-2010). Belaiu juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Lembaga Tabung Haji (Hajj Rituals) untuk sesi 2000-2004.

Pengalaman luas beliau berkaitan hukum shariah amat membantu Quantum Metal Sdn Bhd dalam mempastikan kesemua produknya patuh shariah.

membeli & menyimpan emas di qm

Emas boleh dibeli dan dijual secara runcit serendah RM10 di QM.

Apabila kita membeli emas di QM, QM akan menyimpannya di Brink’s Singapore yang mana keselamatannya ditanggung 100% oleh penanggung insurans tersohor  Llyod’s of London. Kita mendapat Sijil Emas yang dikeluarkan oleh QM sebagai bukti pembelian. Maklumat terperinci termasuk berat emas (gram) yang dibeli disimpan di dalam sistem QMS yang boleh diakses pada bila-bila masa. Sijil Emas ini boleh dimuat turun untuk dicetak atau disimpan secara digital. Kadar keuntungan (spread) yang diambil QM cuma 7%, yang merupakan antara yang terendah di pasaran.

Di zaman ini, adalah tidak selamat untuk kita menyimpan emas fizikal sendiri di rumah. Oleh itu, QM menyimpannya di Brink’s Singapore tanpa mengenakan bayaran. Emas bullion yang tersimpan di Brink’s Singapore ini juga diaudit secara berkala oleh penasihat shariah berkenaan bertepatan dengan syarat Patuh Shariah yang dikenakan. Kaedah Patuh Shariah ini dikawal selia oleh panel shariah luar iaitu Tawafuq Consultancy Sdn Bhd dan Raqaba LLC.

Pada bila-bila masa, emas kepunyaan kita ini boleh dicairkan bagi mendapatkan wang tunai, ditukarkan ke dalam bentuk emas fizikal (bar, coin, wafer), atau dilaburkan menggunakan GAE 5X atau 10X. Semua urusniaga di QM menggunakan harga semasa (spot price) London Metal Exchange (LME).

BOLEH KE jual BELI EMAS ATAS TALIAN?

Islam sangat mementingkan keadilan dan menolak pengainayaan. Sebab itulah Islam sangat mengambil berat isu jual beli emas ini untuk mempastikan tiada pihak yang tertipu, terpedaya dan rugi. Oleh itu, beberapa perkara perlu dipastikan:

1. Emas mesti wujud – Ini menyebabkan ramai ulamak terdahulu mewajibkan emas bertukar tangan secara bersemuka di dalam urusniaga emas. Bagaimanapun, mutakhir ini pembelian secara tidak bersemuka dibolehkan dengan syarat emas tersebut wujud.

2. Harga – Penentuan harga hendaklah adil di mana kedua pihak pembeli dan penjual bersetuju pada sesuatu harga. Kini ia lebih mudah kerana kita boleh merujuk kepada harga pasaran dunia. Harga yang digunakan hendaklah harga semasa sewaktu urusniaga berlaku.

3. Pastikan produk emas yang ditawarkan patuh shariah. Di Malaysia, tugas ini dijalankan oleh penasihat shariah yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ini semua memudahkan kita sebelum mula berurus niaga. Pilihlah pakej produk yang mendapat Sijil Patuh Shariah sahaja. 

Rumusannya, adalah tidak salah berurus niaga emas di atas talian asalkan ia patuh shariah. Jom ikuti apa kata Dr Zaharuddin Abd Rahman, pakar Fiqh Muamalat berkenaan pelaburan emas.

rakan niaga quantum metal sdn bhd

Quantum Metal  Sdn Bhd telah menjalinkan hubungan strategik dengan beberapa beberapa buah organisasi sejak di awal penubuhannya. Ini termasuklah ISRA Consulting, Industrial & Commercial Bank of China (ICBC), ANGKASA, Asean Co-Operative Organization (ACO) dan Al Rajhi Bank sebelum membuka peluang kepada masyarakat umum di tahun 2019.

the perth mint

Syarikat milik penuh kerajaan Australia Barat ini telah ditubuhkan lebih 100 tahun lalu. Ia menghasilkan produk produk emas dan perak yang diperakui ketulenannya di seluruh dunia. Produk The Perth Mint termasuk Gold Bullion serta Syiling Emas sentiasa menjadi pilihan utama pengumpul serta pelabur logam bernilai tinggi.  The Perth Mint juga merupakan satu-satunya enterprise pengeluar logam bernilai tinggi yang dimiliki oleh sebuah kerajaan. Setiap produk yang dihasilkan The Perth Mint dijamin ketulenan serta ketepatan beratnya oleh kerajaan Australia Barat.

patuh syariah

Penyimpan serta pelabur emas di QM tidak perlu risau kerana kesemua produk QM adalah patuh syariah.

Di awalnya, ISRA Consulting yang merupakan Penasihat Syariah Quantum Metal telah  terlibat secara langsung di peringkat penstrukturan produk-produk QM. ISRA Consulting juga telah mengeluarkan sijil patuh syariah bagi kesemua produk QM.

Setelah tamat tempoh sah sijil-sijil patuh syariah tersebut, QM telah melantik Tawafuq Consultancy Sdn Bhd dan Raqaba LLC pula sebagai Penasihat Syariahnya. Oleh itu, kesemua produk QM ditauliahkan dengan Sijil Patuh Syariah oleh Tawafuq Consultancy Sdn Bhd dan Raqaba Llc.

Tawafuq Consultancy Sdn Bhd ditubuhkan di Malaysia serta berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. manakala Raqaba Llc pula beribu-pejabat di North Carolina, USA. 

sijil sijil patuh syariah

Kali pertama dengar nama brinks?

Nak tahu? Sebenarnya emas yang anda beli dan labur dengan menggunakan sistem QMS (Quantum Metal System) disimpan dan dijamin keselamatannya di Brinks, Singapura.

Brinks Inc. ditubuhkan pada tahun 1859 dan Brinks Singapore pula mula beroperasi pada tahun 1989.

Setiap transaksi emas adalah disertai dengan emas fizikal yang tersimpan di Brinks Singapore. Ini merupakan pra-syarat untuk mempastikan kesemua produk QM patuh shari’ah.