jom kenali produk qm

empat produk qm

QM merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menyediakan satu ekosistem di mana semua aktiviti menyimpan emas, melabur emas serta memajak emas boleh dilakukakan menggunakan satu platform sahaja.

Setelah menyertai QM, anda diberi 3 akaun berikut yang tersedia untuk digunakan menggunakan Quantum Metal System (QMS) tanpa orang tengah yang boleh diakses di  https://my.quantummetal.com:

  • Gold Storage Account (GSA)
  • Gold Convert Account (GCA)
  • Gold Asset Enhance (GAE)

QM juga membekalkan produk emas tulen keluaran Istanbul Gold Refinery (IGR). IGR merupakan ahli London Bullion Market Association (LBMA) dan oleh itu kesemua produk IGR adalah diperakui ketulenannya oleh LBMA. Anda boleh mendapatkan produk emas IGR ini dengan menggunakan simpanan GSA anda. 

gold storage account (gsa)

Dengan hanya RM10 dah boleh mula menyimpan emas?

Ya, BETUL.

Gold Storage Account (GSA) adalah tempat utama kita simpan emas di QM. Ini adalah bank emas kita di QM. Sepertimana akaun simpanan wang tunai kita di bank, GSA adalah tempat simpanan emas. Adakah kita boleh membuat keuntungan berlipat ganda di dalam GSA? Jawapannya TIDAK, kerana ia berfungsi sebagai tempat kita simpan emas di QM sahaja. Cuma, ia berbeza daripada akaun simpanan wang kita di bank kerana harga emas sentiasa bergerak naik, turun dan mendatar, sedangkan nilai wang tunai biasanya turun disebabkan kekangan inflasi. Jadi bagaimana kita nak cepat untung di QM? QM perkenalkan produk pelaburan Gold Asset Enhance (GAE).

Setelah mendaftar sebagai ahli QM, anda akan mendapat No. Akaun GSA, contohnya 2101077677. Semua transaksi melibatkan GSA  direkodkan di dalam akaun GSA. Kuantiti emas (gram) yang direkodkan di dalam Akaun GSA adalah bersamaan dengan kuantiti emas fizikal anda yang disimpan di Brinks Singapora secara percuma. Ini bertepatan dengan dengan pra-syarat patuh shariah. Oleh itu anda tidak perlu ragu atau waswas lagi. 

 

gold convert account (gca)

Sebelum berbelanja, buat Gold Convert di QM dahulu – SAMBIL BERBELANJA, ANDA JUGA MENGUMPUL EMAS!

Katakan anda hendak membeli gelang emas idaman, jangan terus meluru ke kedai emas untuk membelinya. Sebaliknya, gunakan kaedah GCA terlebih dahulu. 

Katakan gelang yang beratnya 13gm itu berharga RM3,060. Gunakan wang tunai anda sebanyak RM3,600 untuk membeli emas GSA dan seterusnya gunakan kaedah GCA.

Apa yang anda akan dapat? Anda akan terima wang tunai RM3,060 (85%) untuk anda beli gelang tersebut DAN juga emas sebanyak 13.3759 gm (andaian harga LME RM250/gm) yang disimpan dalam Akaun GC anda dengan upah simpan 3.5% setahun (kiraan harian) ke atas pembiayaan RM3,060 tersebut.

Yang pasti, ia jauh lebih murah berbanding arRahnu, tiada tempoh pembayaran balik pembiayaan serta tiada tekanan. 

Bila harga emas meningkat dan menguntungkan, anda boleh Terminate (Tamatkan) GC anda dan keuntungan  akan dimasukkan ke dalam akaun GSA anda tanpa perlu membayar apa-apa. inilah cara mengumpul emas paling mudah.

gold asset enhance (gae5X & gae10X)

Gold Asset Enhance (GAE) adalah produk pelaburan di platform QM di mana aset emas boleh digandakan. Kita boleh pilih untuk dapatkan GAE-5X dengan harga USD25, atau GAE-10X pada harga USD328.75 (USD250 + caj tahun pertama USD78.75).

Katakan kita ada USD25, dan harga emas semasa di London Metal Exchange (LME) adalah USD75/gm. QM Jual kepada kita USD79.50/gm (QM ambil untung 7%). Maka kita dapat 0.314 gm emas jika kita beli emas GSA.

Jika USD25 itu kita dapatkan GAE5X pada harga USD78/gm (QM ambil untung 4% shj), kita dapat 5 X 0.320gm = 1.602 gm emas.

Katakan setelah 2 tahun, harga emas naik 16%, dari USD75/gm menjadi USD87/gm.

Nilai emas GSA kita menjadi 0.314gm x USD87 = USD27.32, iaitu dengan keuntungan USD2.32.

Manakala nilai emas GAE5X kita menjadi 1.602gm x USD87 = USD139.37. Setelah ditolak 4 unit emas yang dibiaya QM iaitu USD100, kita masih ada USD39.37 Maknanya kita dapat untung kasar sebanyak USD39.37 – USD25 = USD14.37. Setelah membayar caj 3.5% ke atas pembiayaan (3.5% x 2 tahun x USD100 = USD7), kita ada untung bersih sebanyak USD7.37.

Dengan USD25, jika disimpan dalam GSA kita untung USD2.32, manakala GAE5X pula memberi kita USD7.37 keuntungan bersih.
Inilah yang membezakan GAE dengan GSA. GAE menggandakan keuntungan kita.

GAE10X. Katakan harga semasa LME adalah USD75 / gm, maka harga QM Jual kepada kita ialah USD77.25 / gm (QM ambil untung cuma 3%). Kita perlu modal USD250 untuk beli GAE10X serta caj tahun pertama USD78.75. Jumlah modal USD328.75.

Dengan USD250, kita mendapat pembiayaan sebanyak USD2,250. Jadi dengan jumlah modal USD2,500 kita dapat 10 X USD250 / USD77.25 iaitu 32.362 gm emas.

Bila harga emas naik 16% setelah 2 tahun menjadi USD87 / gm, nilai emas kita menjadi USD2,815.49.

Setelah ditolak 9 unit emas yang dibiaya QM iaitu USD2,250, kita masih ada USD565.49. Setelah ditolak caj untuk tahun ke 2 sebanyak USD78.75, untung bersih adalah USD486.74.

GAE berupaya mempercepatkan tempoh untuk menggandakan aset emas anda. Setakat ini, saya belum pernah menjumpai produk yang sebegini kreatif di tempat lain.

Bagi yang ingin tahu tentang kaedah tawarruq, bolehlah merujuk dokumen Bank Negara Malaysia menggunakan pautan ini – https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2724391/fsr2019h2_bm_box1.pdf (lihat halaman 2). Banyak info yang boleh didapati dari sumber lain juga termasuk di laman web bank bank serta di youtube.

produk emas fizikal di qm

Bagi yang ingin mendapatkan produk fizikal yang dihasilkan oleh The Perth Mint, anda boleh menggunakan akaun GSA anda untuk membuat pengeluaran fizikal. Di antara produk yang menjadi kegemaran termasuklah:

  • 1. LBMA Perth Mint Minted Gold Bar 5, 10, 20, 50, 100 gm – 99.99% AU Gold
  • 2. LBMA Cast Gold Bar 1 kg – 99.99% AU Gold
  • 3. Quantum Metal 10 gm Minted Gold Bar – IGR LBMA 99.99% 
  • 4. Quantum Metal 1 Dinar  (4.25 gm) – IGR LBMA 99.99%
  • 5. Quantum Metal 0.01 g Minted Gold Bar 99.99%

ekosistem qm

Setelah mendaftar sebagai pelabur QM, kita dibekalkan dengan sistem QMS yang boleh digunakan untuk membeli dan menyimpan emas, menjual emas kembali kepada QM, mendapatkan emas fizikal, memindahkan emas kepada pelabur lain, serta semua fungsi GCA dan GAE di atas. QMS juga merupakan sistem yang membolehkan kita memantau prestasi pelaburan dengan mudah.

QMS merupakan ekosistem lengkap di mana kita tidak perlu keluar masuk untuk menjalankan aktiviti berkaitan penyimpanan, pelaburan serta pajakan emas kita. Sistem yang bersifat mesra pengguna ini sangat mudah digunakan.

Sebagai contoh – jika kita ingin memajak emas di luar, terdapat beberapa urusan yang kita mesti lakukan. Dimulakan dengan pengeluaran wang dari bank, kita perlu berkejar ke kedai emas untuk membeli emas. Kemudiannya kita kena pergi ke cawangan arRahnu. Kita juga diberi tempoh untuk langsaikan pembiayaan. Semua urusan mesti dibuat hanya pada waktu arRahnu beroperasi.

Dengan menggunakan QMS, kesemua proses tersebut dilakukan dalam talian pada bila-bila masa sahaja.

Pengalaman Berbeza

Kami pasti cara menyimpan, melabur serta memajak emas di QM lebih mudah, cepat serta selamat. 

Keutamaan Kami

Kami ingin para penyimpan dan pelabur berpuas hati dan seronok berurusan dengan kami.