strategi
tabung kecemasan kewangan (TKK) dalam GSA
Wujudkan Tabung Kecemasan Kewangan (TKK) terlebih dahulu dengan mendapatkan emas tulen dan menyimpannya di dalam akaun GSA anda. Walaupun dengan hanya RM10, anda sudah boleh mula mengumpul emas di dalam GSA.
Jadikan sasaran TKK anda bersamaan 6 bulan perbelanjaan purata. Contohnya, jika berbelanja RM2,000 sebulan, maka jumlah nilai emas yang hendak dikumpul di dalam TKK anda ialah RM12,000.
Bila ada keperluan kewangan yang mendesak, TKK boleh digunakan. Cuma, ia perlu diganti semula selepas itu.
Berbanding emas fizikal, spread GSA lebih rendah iaitu hanya 7% – bermakna ia lebih murah. Ia juga lebih selamat dan mudah diuruskan kerana emas fizikalnya disimpan tanpa caj di Brink’s, Singapura yang dilindungi sepenuhnya oleh penanggung insurans terbesar di dunia iaitu Lloyd’s of London. GSA disahkan patuh syariah oleh Penasihat Syariah QM.
Setelah TKK ini terbina dan diisi sepenuhnya, maka bolehlah tetapkan matlamat penyimpanan & pelaburan emas jangka sederhana dan jangka panjang anda pula. Jadikan GSA sebagai akaun simpanan utama emas anda.
JOM HADIAHKAN emas kepada DIRI SENDIRI
Setelah penat mencari rezeki, jangan lupa untuk hadiahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum buat benda lain.
SYARATNYA? Masukkan wang ke dalam poket sendiri, bukan poket orang lain.
CARANYA? Berikan emas kepada diri sendiri – setiap bulan!
EMAS ADALAH WANG, KAN?
apa yang anda faham tentang spread?
Spread adalah istilah penting bila kita bercakap tentang emas dan perak. Spread merupakan peratus keuntungan yang diambil peniaga di dalam urusan jual beli. Contohnya, apabila Bar Emas 1g dijual dengan harga RM307.10 sedangkan harga emas dunia adalah RM287.01 /g, maka spread yang diambil peniaga berkenaan ialah 7%. Cara pengiraannya adalah [(Harga Kita Beli – Harga Pasaran)/Harga Pasaran x 100] iaitu (RM307.10 – RM287.01)/RM287.01×100 iaitu 7%.
Jika sekeping Emas Bar 1g dijual pada harga RM380 pula, maka spreadnya adalah (RM380 – RM287.01)/RM287.01×100= 32.40%.
Apakah kesan spread kepada kita? Dengan spread 7%, maknanya kita perlu tunggu sehingga harga pasaran emas meningkat melebihi 7%, barulah kita dapat untung sekiranya kita menjual emas tersebut. Bayangkan jika kita membeli Bar Emas 1g dengan harga RM380 di atas, kita terpaksa menunggu sehingga harga pasaran emas dunia meningkat melebih 32.40% untuk menikmati keuntungan, sedangkan purata kenaikan harga emas adalah 8% setahun.
Oleh itu, kita mestilah tahu di mana kita boleh dapat membeli dan menjual emas dengan spread yang rendah.
Biasanya kedai emas mengenakan spread yang lebih tinggi di mana spread yang diambil adalah 15% – 20% ke atas emas tulen 99.99% dan di antara 20% – 25% ke atas emas perhiasan 916. Biasanya, pekedai emas mengenakan spread sewaktu kita membeli dan juga menjual emas. Oleh itu, kita selalu dipesan supaya tidak membeli dan menjual emas di kedai emas terutamanya bagi emas tulen.
QM mengenakan spread 7% bagi emas GSA, 4% bagi GAE5X dan 3% untuk GAE10X. Secara perbandingan, spread yang dikenakan QM adalah rendah dan sangat kompetitif. QM hanya berjual-beli emas tulen 99.99 sahaja.
gold storage account (GSA)
Jadikan GSA sebagai Bank Simpanan Emas Utama anda. Anggaplah anda mempunyai beberapa tabung di dalam GSA. Contohnya Tabung Kecemasan Kewangan (TKK) & Tabung Masa Depan (TMD). Emas GSA boleh dibeli dengan hanya RM10 setiap kali manakala spread yang dikenakan cuma 7%. Katakan harga emas semasa dunia RM300/g, harga anda beli ialah RM321/g. Jadi, dengan RM10, anda akan memperolehi 0.0311g emas.
Gunakan GSA juga sebagai tempat menyimpan aset mudah cair anda sebelum dibelanjakan. Jadi, apabila anda mempunyai wang yang tidak perlu digunakan dengan segera, eloklah disimpan di dalam GSA. Dengan cara ini, anda lebih mudah mengawal diri dari membeli barangan yang tidak penting.
Apabila ada keperluan untuk berbelanja, gunakanlah kaedah Gold Convert (GC) untuk menukarkan emas GSA anda kepada wang tunai untuk digunakan. Kaedah ini akan mengelakkan daripada belanja hangus kerana di samping mendapat wang untuk dibelanjakan, emas anda masih disimpan di dalam GCA anda.
bilakah kita perlukan GCA?
Gold Convert Account (GCA) sesuai digunakan apabila kita terpaksa berbelanja tetapi kita tidak mahu perbelanjaan kita itu jadi belanja hangus.
Contohnya, kita memerlukan wang sebanyak RM910 untuk membayar bil. Maka, kita boleh gunakan emas GSA bernilai RM1,000 untuk mendapatkan RM910 tersebut, dengan syarat kita ada emas di dalam GSA bernilai RM1,000. Caranya ialah dengan membuat Gold Convert Request menggunakan QMGoldmy App. Biasanya, selepas sehari atau dua hari bekerja, kita akan mendapat wang RM910 di dalam akaun bank kita.
Apa yang berlaku dengan emas kita yang bernilai RM1,000 tadi? QM akan menyimpannya . Dan kita perlu ingat bahawa harga emas yang disimpan itu akan turun naik mengikut harga pasaran dunia.
Apabila keuntungannya berbaloi, makan kita boleh buat Termination. Apabila ini dilakukan, QM akan selesaikan wang R<910 yang kita ambil serta fi yang dikenakan. Dan kita mendapat baki emas yang dimasukkan ke dalam GSA.
gold asset enhance (GAE)
GSA merupakan akaun simpanan aset emas, GAE pula adalah akaun pelaburan emas di QM. GAE mempunyai kaedah untuk menggandakan simpanan emas kita.
Bilakah waktu yang sesuaiuntuk dapatkan GAE? Apabila kita ada modal yang boleh dilaburkan bagi tempoh 3-4 tahun, maka eloklah ambil GAE. Jika nak guna duit minggu depan atau tahun depan, GSA lebih sesuai.
Contoh menggunakan GAE-5X – Misalnya harga emas LME adalah RM300 per gram. Kita berhasrat untuk menggandakan emas menggunakan GAE5X dengan modal RM115. Maka, harga yang kira perolehi adalah 4% lebih tinggi kerana spread, iaitu RM312 per gram (RM300 x 1.04). Dengan RM115 se unit, kita memperolehi 0.368 gram emas. Kita juga mendapat pembiayaan* untuk 4 unit lagi iaitu 1.472 gram emas (4 x 0.368). Jadi, jumlah pembiayaan yang kita terima adalah RM460 dan pegangan emas yang dilaburkan ialah 1.84 gram.
Selepas 36 bulan, katakan harga emas meningkat sebanyak 24% daripada RM300 per gram menjadi RM372 per gram. Maka nilai bagi 1.84 gram emas adalah RM684.48.
Apabila kita tamatkan (Terminate) kontrak GAE tersebut, kita perlu bayar balik wang pembiayaan untuk 4 unit emas iaitu RM460 (iaitu 4 x RM115) serta caj 3.5% x 3 x RM460 iaitu RM48.30 menjadikan jumlahnya RM508.30. Maka kita mendapat untung bersih sebanyak RM176.18 (RM684.48 – RM508.30). Sedangkan jika dibiarkan di dalam GSA, kenaikan nilainya hanyalah RM18.18.
Modal RM115 serta keuntungan RM176.18 ini kita masukkan ke dalam GSA. Modal RM115 boleh digunakan semula bagi mendapatkan GAE5X sekali lagi, manakala keuntungannya ditinggalkan di dalam GSA. Dengan cara ini, emas di dalam GSA akan meningkat.
*Kaedah pembiayaan Tawarruq yang digunakan adalah mematuhi prinsip syariah.
beli emas bar 4 gram vs gae10x - mana lebih untung?
Ada yang bertanya saya, lebih baik beli emas bar 4 gram atau GAE10X – pilihan mana yang lebih menguntugkan?
Katakan kita ada modal dalam RM1,500 yang ingin digunakan untuk membeli dan menyimpan emas. Kita boleh pilih sama ada nak dapatkan emas bar 1 gram sebanyak 4 unit atau 1 unit GAE10X. Jom kita tengok hasilnya selepas 4 tahun
Katakan harga LME adalah RM287.97 / g.
Beli Emas Bar: Dengan RM1,255.55 kita dapat 4.0 g emas bar pada harga RM313.89 / g (spread 9%).
Beli GAE10X: Dengan RM1,502.06 kita dapat 1 unit GAE 10X. Kaedah tawarruq digunakan di mana kita dapat pembiayaan sebanyak RM10,280.25. Jadi dengan modal keseluruhan RM11,782.31, kita dapat 39.723 g emas (spread 3%)
APA YANG BERLAKU SELEPAS 4 TAHUN
Dengan unjuran 8% setahun, harga emas meningkat 32% kepada RM380.12 / g setelah 4 tahun.
Nilai Emas Bar menjadi RM1,520.48. Bermakna untung bersihnya RM264.93 iaitu 21.10%.
Bagi GAE10X, nilai emasnya adalah RM15,099.66. Setelah ditolak pembiayaan serta cajnya, kita mendapat untung bersih RM3,739.98 iaitu 144.88%.
Anda akan pilih yang mana?
APAKAH RISIKO GAE?
Sepertimana produk pelaburan jenis lain termasuk hartanah, saham, dan lain lain, GAE juga ada risikonya kerana keuntungan dan kerugian pelaburan GAE bergantung kepada harga sewaktu kita membeli dan harga sewaktu kita menjualnya. Nasihat yang selalu diberi dalam pelaburan ialah kita menjualnya setelah ia mencapai keuntungan yang disasarkan.
Oleh sebab itu, pastikan kita menggunakan hanya sumber dana yang kita tidak akan gunakan untuk hal hal lain bagi tempoh jangka sederhana (misalnya bagi tempoh 3 – 4 tahun akan datang).
GAE10X – kita beli 1 unit emas dengan harga USD250 dan QM biaya 9 unit lagi. Caj pengurusannya adalah 3.5% setahun (kiraan harian – lebih kurang RM0.91 sen sehari). Bila harga emas meningkat 10% misalnya, kita mendapat untung kasar sebanyak 100% kerana kita ada 10 unit emas.
TIP 1 – Pilihlah yang mana sesuai dengan bajet anda, sama ada GAE5X atau GAE10X. Yang paling penting, sebagaimana pelaburan lain, dapatkan GAE secara berkala – contohnya setiap bulan sekali. Dengan cara ini, kita tidak perlu risau tentang pergerakan harganya.
TIP 2 – Cara melabur yang betul ialah BELI DAN TUNGGU, BUKANNYA TUNGGU DAN BELI.
TIP 3 – Anda WAJIB ambil untung dan masukkan ke dalam akaun GSA. Apabila mana mana akaun GAE anda telah mencapai keuntungan yang disasarkan, jangan biarkan sahaja kerana anda bukannya mengumpul setem di sini. Tujuan anda melabur adalah untuk mengambil keuntungan dan menggandakan aset emas anda.
berapakah modal yang diperlukan?
GSA
Jangan terkejut kerana anda tidak perlu banyak modal untuk mula menyimpan dan melabur emas di QM.
Untuk menyimpan emas di dalam Akaun GSA, modal yang anda perlukan hanya RM10, manakala kadar keuntungan (spread) yang diambil oleh QM hanyalah 7%.
Contohnya, katakan harga emas LME* semasa adalah RM265.57 / gram, harga QM jual kepada anda ialah 7% lebih tinggi, iaitu 1.07 x RM265.57 = RM284.17.
Dengan RM10, anda memperolehi sebanyak RM10/RM284.17 = 0.03519 gram emas.
Sedikit aje? Jangan risau – yang penting, dapatkan emas GSA dengan istiqamah dan jadikan ia sebagai tabiat.
SEDIKIT SEDIKIT, LAMA LAMA JADI BUKIT.
LME* – Harga London Metal Exchange, iaitu harga pasaran emas dunia
PRODUK PELABURAN GAE5X & GAE 10X
1, GAE5X – Setiap unit dijual dengan harga tetap USD25 yang mana hendaklah didharab dengan kadar semasa tukaran wang USD-RM (forex). Katakan kadar semasa adalah 4.362, jadi, modal anda adalah USD25 x 4.362 = RM109.05. Dengan spread 4%, harga QM jual ialah RM265.57 x 1.04 = RM276.20 / gram. Jadi dengan RM109.05, anda mendapat RM109.05/RM276.20 = 0.3948 gram emas. QM biayai 4 unit lagi iaitu 0.3948 gram x 4 = 1.5792 gram. Jadi emas yang anda laburkan sebanyak 5 unit bersamaan 0.3948 gram + 1.5792 gram = 1.974 gram emas.
ekosistem lengkap qm
Di QM, semuanya boleh dilakukan di atas talian 24/7 – asalkan ada akses kepada internet.
Kita beli emas dan menyimpannya dalam GSA. Kemudian kita gunakan GSA menggunakan kaedah GCA sebelum membeli telefon, membayar bil, pinjaman perumahan dan kenderaan.
Kita boleh melabur dalam GAE5X atau 10X menggunakan wang dari bank atau emas GSA.
Untuk jualan balik, kita hanya perlu jual balik kepada QM pada bila-bila masa.
Dan kita juga boleh tukarkan GSA dengan emas fizikal yang dihasilkan oleh The Perth Mint.